Salam Ramadan 1431H
Salam Sejahtera…
Syukur Alhamdulillah… keranaNya memanjangkan umur untuk kita berada didalam bulam Ramadan 1431H kali ini. Bulan yang penuh bermakna & banyak kenangan di dalam hidup aku. Ingat lagi masa aku berumur 6 tahun… mak menyuruh aku berpuasa, bermula dari setengah hari. Esok2nya pula… Mak aku saja melengah2kan masa untuk aku berbuka, dari sejam demi sejam… Akhirnya sampailah ke magrib baru aku berbuka… Terima Kasih Mak mengajar aku detik permulaan mengenal Bulan Ramadan…
Bulan Ramadan juga banyak mengajar aku cara ingin mencari duit poket sendiri. Ingat aku lagi, masa di perhujung sekolah rendah, aku sudah mula bekerja membasuh pinggan di surau, selalunya selepas moreh bulan puasa & diikuti bulan2 seterusnya selepas majlis ceramah agama. Duit tu aku simpan sikit demi sedikit untuk memodifikasi basikal BMX aku dulu. Untuk membeli barang2 lain seperti jam tangan berjenama. Susah hidup kita di zaman dahulu berbanding dengan kanak2 zaman sekarang. Setiap duit yang kita perolehi dulu sungguh bermakna.
Pada bulan Ramadan juga aku diketemukan jodoh bertemu dengan isteri aku. Bermula dari salah nombor bertukar jadi kawan & seterusnya teman istimewa
Ingat lagi zaman tu, semua awek yang aku ngorat, semua jual mahal. Tak tahulah kenapa. Beratus jugaklah aku habiskan duit nak bayar bil telefon… ayat punya pasal… Zaman tu mana ada handphone & SMS…he3… last2 sorang pon tarak. Nasiblah isteri aku ada… dialah pilihan hati… he3…
Oklah… Selamat Menyambut Bulan Ramadan… Semoga Apa yang kita Kerjakan & Usahakan di Berkati olehNya… Amin…
Therima Kaseh.
Onizuka69
The Photographer | 012.655.1288



