Onizuka69.com – Wedding | Event | Portrait Capture The Story

Majlis Persandingan : Maya & Aziz, Mac 2010.

26.05.2010 (6:03 pm) – Filed under: Wedding Photography

Salam Sejahtera…

” My Best Man Wedding”… itu yang dapat aku katakan… Ajis adalah Pengapit aku masa aku kahwin dulu… Susah ooo mau carik pengapit, semua orang malu. Nasib Ajis ada. Ajis atau nama sebenarnya Aziz telah berjaya melansungkan perkahwinannya bersama Maya pada bulan Mac yang lepas, kira… AzizMaya laa… he3… bukan AdamMaya yerk… :D

Best berkawan dengan Ajis, dia pemurah senyum… Setakat aku sakat bagi dia marah pon, dia tetap senyum. Penyabar orangnya… mane tak Maya terpikat… hi3… Ajis jugak dia kenali dengan Ajis Hi..hi..hi.. Masa kat office lama kite orang dulu. Itu kawan aku yang sorang tu bagi nama… En. A10… :D Baran Ajis masa mula2 dapat nama tu, “Ko Jangan Main Kasar… Ree…” ayat Ajis. Dulu masa aku bujang2… salu aku sakat Ajis… Maklumlah… dia ada kakak & adik pompuan… Kejap aku panggil dia Abang… kejap Adik… Sure marah punye… Sekarang dah tak boleh laa. Line tak clear… ha3…

Ermmm… Apa2 pon tahniah pada Ajis & Maya… Best shoot wedding korang… korang punyer geng askar pon spoting2… Sampai aku shoot outdoor pon geng2 diorang ni mengikut sampai habis… Aku ON ajer.

Akhir kata… Selamat Pengatin Baru pada Ajis & Maya… Semoga Berbahagia Selamanya…

Therima Kaseh.

Onizuka69
The Photographer | 012.655.1288

Majlis Persandingan : Atifah & Faizal, Jan 2010.

21.05.2010 (8:16 am) – Filed under: Wedding Photography

Salam Sejahtera…

Kali nie sambung dari majlis sebelumnya… Majlis Atifah & Faizal yang lebih selesa aku panggil Yong & Angah… Ingat lagi masa aku nak mencarik umah Si Yong nie. Tersesat aku. Dia suruh aku carik Tesco… sampai sudah Xjumpa. Rupa2nya ader 1 signboard telah hilang dari pandangan… Nasib abah Yong rajin mencari aku. Xdala sesat, rase 1st time aku kener macam tu. Salu tu mang terel je carik alamat…he3… :D

Jumpa family Yong, macam jumpa family sendiri. Siap mintak mak Yong ajarkan wife aku buat “Agar2 Keras”… orang belah Utara biasala dengan agar2 nie… Dulu masa Arwah Opah aku ada, dapatla aku merasa. Skang dah dekat 15 tahun dia takda, tak merasalah aku. Masa kat majlis nie baru aku dapat jumpa balik. Selalu kalau nak jumpa masa time raya jer. Tahu tak…? Agar2 Keras… warna-warni, luar dia ader putih2 gula batu… he3… :D

Okla… Terime Kasih pada family Yong & Angah yang melayan kami sekeluarga macam sedara sendiri… Semoga Yong & Angah bahagia Selamanya dan dimurahkan rezki.

Therima Kaseh.

Onizuka69
The Photographer | 012.655.1288

Majlis Pernikahan : Atifah & Faizal, Jan 2010.

14.05.2010 (9:09 pm) – Filed under: Wedding Photography

Salam Sejahtera…

Jam tepat menunjukkan 05:00 pagi… berjaya jugak aku meng”upload” gambar beberapa bulan lepas nie… Ushhh…. lambat sungguh. Ngantuk pon ader jugak nie. Tadi buat2 kerja sikit, biasala edit2 gambar. Dah layan kerja barulah nak upload gambar nie.

Kecewa betul malam tadi, Malaysia kalah di tangan China dalam Piala Thomas. Kenelah menunggu beberapa tahun akan datang lagi. Yang penting Pasukan Malaysia dah bermain dengan sebaiknya… :D Nak komen macam pandai sangat pon tak guna jugak… kita bolela cakap, bukan kita yang memerah tenaga bermain… :D

Apa2 pon tahniah kepada Atifah & Faizal, Semoga Berbahagia Selamanya. Gambar Sanding akan menyusul kemudian… Selamat menonton…

Therima Kaseh.

Onizuka69
The Photographer | 012.655.1288