Onizuka69.com – Wedding | Event | Portrait Capture The Story

Salam Syaaban

12.07.2010 (3:37 pm) – Filed under: Photography

Salam Sejahtera…

Erkkk…. Alhamdulillah. Kenyang berbuka puasa tadi. Pejam celik, pejam celik dah dah hujung bulan Rejab. Asar tadi dah masuk bulan Syaaban. Bulan Nabi kite Muhammad SAW. Esok lusa dah masuk bulan kita ummat Nya pula. Bulan Ramadhan. Last week aku dah beli sedikit persiapan untuk raya. Gila punyer cepat?… he3… Aku gi tengok kat merata shopping complex semua orang dah mula membeli kain hela. Untuk dibuat Baju Raya. Alang2 dah terjumpa, beli jela. Tapi sebenarnya elok beli awal2 nie… sok2 last2 minit semua lagi sebok.

Semoga masuknya bulan Syaaban nie, Hidup Kita Lebih Diberkati & DiRahmati… Amin… :D

Therima Kaseh.

Onizuka69
The Photographer | 012.655.1288

** Gambar Masjid Kristal, Kuala Terengganu diambil sempena “Anniversary” aku yang ke-3 haritu…

Majlis Persanding : Yunus & Nazariah, Feb 2010.

01.07.2010 (3:26 am) – Filed under: Wedding Photography

Salam Sejahtera…

Sejuk betul cuaca pada pagi nie… sedap bagi mereka2 yang malas ke tempat kerja… he3… “Bangun…!!! Hidup kena kerja maa… Tarak kerja, apa macam mau makan…?:D Teringan masa zaman sekolah lagi. Pagi2 dah kene bebel dengan mak… “Azuan…!!! ko dah pandai…? taknak pergi sekolah…? Ermmmm… Wan bangun la nie…” Aku baring lagi sebenarnya, sambung tido dalam 5 minit penghabiasan untuk masa2 kecederaan… he3… Kalau diberi duit berjuta untuk diulang lagi zaman tu… sure aku taknak. Zaman tu memang best, tapi ada sesetengah perkara tu memang bosan la nak dibuat lagi… Tapi kalau takda yang dulu2, takdalah yang sekarang nie… :D

Ermmm… sambung balik episod Onos & Naza berlari2 di tengah bendang. Kelakar aku tengok muke Onos bila disuruh belakon… Ala2 pendekar mengejar Tuan Puteri gitu… ha3… Bagi sape2 yang nak  buat “Kitchen Cabinet” bolelah contact Onos nie… dia lah tokey nyer… promote skit… “Onos!!!… ader masyuk, percent jangan luper…” he3….

Okla…  Semoga Selamat Semuanya…

Therima Kaseh.

Onizuka69
The Photographer | 012.655.1288

Majlis Persandingan : Nazariah & Yunus, Feb 2010.

18.06.2010 (3:26 am) – Filed under: Wedding Photography

Salam Sejahtera…

Bertemu lagi kali ini… Kali nie Kak Yah & Onos di majlis bersanding pulak. Oren gitu. Sepanjang aku shoot wedding. Warne oren jarang aku jumpe… garang weh… :D Macam Manten (orang Jawe cakap pengantin) nyer jugak. Garang2 baik orang nyer :D

Citer pasal persiapan outdoor, Pongah yg sediakan (Abang pengatin yang cuci beskal tu). Kire tulang belakang outdoor kali ni laa… siap bawak beskal menaiki van ke lokasi pengambaran lagi. Thank Pongah… :D

Ape pon best dapat shoot diorang berdua nie… Senang bikin kerjaa … he3…

*** Bersambung ke episod lari di sawah di Majlis Rumah Onos…

Therima Kaseh.

Onizuka69
The Photographer | 012.655.1288